Tuesday, 23 February 2016

Panduan Pembajaan Kelapa Sawit yang Sistematik

PANDUAN PEMBAJAAN KELAPA SAWIT YANG SISTEMATIK .

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada pembaca sekalian, topic kita untuk kali ini adalah  mengenai pembajaan kelapa sawit yang sistematik yang dapat memberi keberhasilan yang tinggi serta mengubah struktur tanah menjadi lebih subur kepada tanaman kelapa sawit.  Pembajaan yang sistematik mengikut peringkat umur kelapa sawit tersebut sudah pasti mempunyai perancangan awal bagi  membekalkan nutrient yang mencukupi untuk tumbuhan menjalani proses tumbesaran berperingkat.  Antara perkara yang harus dititik berat sebelum melakukan aktiviti pembajaan kelapa sawit adalah pastikan saliran atau perparitan hendaklah sistematik agar mengelakan berlakunya masalah banjir ataupun takungan air berlaku terutamanya kawasan tanah gambut dan pilih baja yang berkualiti dan pastikan baja tersebut asli. Sekiranya kita tersalah beli baja palsu, kandungan baja tersebut mungkin merosakkan pokok sawit kita.  Ini bagi mengelakan berlakunya pembaziran baja  dan kerugian berlaku kepada peladang sekalian .

Pengurusan tanah gambut amatlah mencabar dan mempunyai kos yang tinggi untuk dikendalikan berbanding dengan tanah yang lain. Oleh itu , kami dari Syarikat Borneo Fetilizer Sdn Bhd memberi panduan sedikit mengenai pembajaan yang sistematik untuk mendapatkan produktiviti yang tinggi. Antara tip yang harus diambil kira adalah elakkan menabur baja pada waktu hujan dan panas terik.  Hujan akan membawa lari baja dan panas akan menjadikan baja meruap. Untuk lebih selamat, tabur dicelah-celah pelepah tandan sawit yang kita telah susun. Jadi, dengan kaedah ini, pokok sawit kita tidak kerugian baja. Pokok mendapat baja yang mencukupi untuk membentuk sel-sel yang berkualiti bagi membentuk buah sawit yang sempurna.

Selain itu, antara kesalahan- kesalahan yang sering ditemui di ladang adalah :  Kaedah penaburan baja tidak betul. Baja tidak ditabur rata tetapi bertompok-tompok dalam bulatan pokok. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada akar tanaman dan mengundang kepada kehilangan baja melalui air larian permukaan dan larut resap. Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan pada musim kering ataupun musim hujan. Kadar baja tidak mencukupi terutama pada kawasan tanaman muda dan yang berpotensi untuk berhasil tinggi akibat daripada penyeliaan yang tidak sempurna. Ketidakseimbangan baja yang ditabur iaitu jenis baja ditabur tidak mengikut keperluan pokok. Salah tempat perletakan baja. Kesuburan pokok diatasi secara mudah iaitu dengan meningkatkan kadar baja berbanding dengan untuk memperbaiki sifat fizikal atau saliran tanah terlebih dahulu. Pelepah pokok sawit yang belum matang kerap kali dicantas secara berlebihan menyebabkan baja yang ditabur banyak tertumpu untuk pembentukan vegetatif pokok berbanding untuk pembentukan bahagian reproduktif seperti bunga dan tandan buah. Seterusmya, antara jenis baja yang digunakan dalam rekomendasi ini adalah baja berbutir sebatian 44, baja tunggal Rock Phosphate dan GML. Bagi memudahkan penentuan kadar baja saya akan bahagikan kepada 3 fasa umur yang berlainan. Jadual pembajaan yang disyorkan adalah sebagaimana berikut:

FASA 1 (1-3 tahun)

* Umur 1 bulan – Baja Rock phosphate - kadar 1.0 kg/pokok/tahun
* Umur 2 bulan - Baja Sebatian 44 - kadar 0.5 kg/pokok/tahun
* Umur 4 bulan – Baja GML – kadar 0.5kg/pokok/tahun
* Umur 6 bulan – Baja Sebatian 45 + boron – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
* Umur 8 bulan – Baja Sebatian 44 – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
* Umur 12 bulan – Baja Sebatian 45 + boron -kadar 0.5kg/pokok/tahun
* Jumlah 3.5kg/pokok/tahun

Umur 2 tahun (3 kalipusingan setahun)
# Baja Sebatian 44 – kadar 1.0kg/pokok/pusingan
# Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
# Baja Sebatian 45 + boron – 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 6.0 kg/pokok/tahun

Umur 3 tahun(2 kali pusingan setahun).
Baja Sebatian 44 – kadar 1.5kg/pokok/pusingan 
Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
Baja GML – Kadar – 1.5kg/pkok/tahun
Baja Sebatian 45 + boron- kadar 2.0kg/pkok/tahun
Jumlah 6.5 kg/pokok/tahun

FASA 2 (4-20 tahun)

Umur4-6 tahun (2 kali pusingan setahun)
# Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan
# Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.0kg/pokok/tahun
# Baja Rock phospate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
# Baja GML – kadar 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 9.0kg/pokok/tahun

Umur 7-20 tahun (2 kali pusingan setahun)
# Baja Sebatian 44 – 2.5kg/pokok /pusingan 
# Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.5kg/pokok/tahun
# Baja Rock phospate – kadar 2.0kg/pokok/tahun
# Baja GML – kadar 2.0kg/pokok/tahun
Jumlah 11.5kg/pokok/tahun

FASA 3 (21 tahun hingga tebang) :

Umur 21 tahun dan keatas(3 kali pusingan setahun)
# Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan 
# Baja Rock phospate – 2.0 kg/pokok/tahunJumlah
Jumlah8.0kg/pokok/tahun

Semoga panduan yang diberi beguna kepada pembaca sekalian ….. sekian terima kasih 

1 comment:

  1. casino and slots
    casino and 영주 출장샵 slots casino and slots casino and slots casino 청주 출장샵 and slots casino and slots casino and slots casino and 광주 출장샵 slots casino and slots casino and slots 논산 출장마사지 casino 전라남도 출장샵 and  Rating: 4 · ‎1 review

    ReplyDelete