Perancangan Peniagaan yang Bijak Mempunyai Potensi untuk Berjaya
Setiap pekerjaan yang bakal dilakukan mesti mempunyai perancangan dan gerak kerja yang teratur. Tujuannya mudah, untuk memastikan semua kerja tersusun dan mengikut perancangan. Perniagaan yang dijalankan mempunyai tujuan iaitu untuk maju. Jika kerja yang dilakukan tanpa perancangan, kelak ia akan menjadi sia-sia. Pendek kata, perjalanan yang dijalankan tanpa direncanakan akan musnah. Perkara ini sangat penting kerana manusia yang normal itu mempunyai sifat mudah lupa. Jadi, perancangan kerja adalah penting. Berdasarkan perancangan yang telah dibuat, semua kerja akan menjadi lancar dan sempurna. Contohnya, Bunyau menaiki kereta dan memandu sejauh 600 kilometer. Apa yang Bunyau cari? Sekiranya dia mempunyai arah dan tujuan, pasti dia sudah sampai ke destinasi yang dirancang. Jika tidak, dia akan memandu sehingga dia sudah tidak mempunyai wang untuk mengisi petrol atau dia akan memandu sehingga kereta yang dipandunya rosak.
Berbalik pada topik asal, perancangan dalam perniagaan merupakan gerak kerja pertama sebelum melaburkan wang yang banyak atau sebelum mendapat pembiyaan. Jika tidak, kita perlu bersiap sedia untuk gagal dan menanggung kerugian berikutan wang yang telah dilaburkan. Kerana, kita perlu berkorban untuk mencapai kejayaan dan perlu melabur untuk mendapatkan keuntungan. Rancangan perniagaan merupakan sebuah dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan perniagaan merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara perlaksanaan dan strategi perniagaan. Jika rancangan perniagaan tidak teratur, bagaimana kita mahu meneruskan langkah yang seterusnya. Rancangan perniagaan yang baik mempunyai potensi untuk terus membangun dan berkembang maju.
No comments:
Post a Comment