PANDUAN
PEMBAJAAN KELAPA SAWIT YANG SISTEMATIK .
Salam
sejahtera dan salam satu Malaysia kepada pembaca sekalian, topic kita untuk
kali ini adalah mengenai pembajaan
kelapa sawit yang sistematik yang dapat memberi
keberhasilan yang tinggi serta mengubah struktur tanah menjadi lebih subur
kepada tanaman kelapa sawit. Pembajaan
yang sistematik mengikut peringkat umur kelapa sawit tersebut sudah pasti mempunyai
perancangan awal bagi membekalkan nutrient
yang mencukupi untuk tumbuhan menjalani proses tumbesaran berperingkat. Antara perkara yang harus dititik berat sebelum
melakukan aktiviti pembajaan kelapa sawit adalah pastikan saliran atau
perparitan hendaklah sistematik agar mengelakan berlakunya masalah banjir
ataupun takungan air berlaku terutamanya kawasan tanah gambut dan pilih baja
yang berkualiti dan pastikan baja tersebut asli. Sekiranya kita tersalah beli
baja palsu, kandungan baja tersebut mungkin merosakkan pokok sawit kita. Ini bagi mengelakan berlakunya pembaziran baja
dan kerugian berlaku kepada peladang sekalian
.
Pengurusan
tanah gambut amatlah mencabar dan mempunyai kos yang tinggi untuk dikendalikan
berbanding dengan tanah yang lain. Oleh itu , kami dari Syarikat Borneo
Fetilizer Sdn Bhd memberi panduan sedikit mengenai pembajaan yang sistematik
untuk mendapatkan produktiviti yang tinggi. Antara tip yang harus diambil kira
adalah elakkan menabur baja pada waktu hujan dan panas terik. Hujan akan membawa lari
baja dan panas akan menjadikan baja meruap. Untuk lebih selamat, tabur
dicelah-celah pelepah tandan sawit yang kita telah susun. Jadi, dengan kaedah
ini, pokok sawit kita tidak kerugian baja. Pokok mendapat baja yang
mencukupi untuk membentuk sel-sel yang berkualiti bagi membentuk buah sawit
yang sempurna.
Selain
itu, antara kesalahan- kesalahan yang sering ditemui di ladang adalah : Kaedah penaburan baja tidak betul. Baja tidak
ditabur rata tetapi bertompok-tompok dalam bulatan pokok. Ini boleh menyebabkan
kerosakan pada akar tanaman dan mengundang kepada kehilangan baja melalui air
larian permukaan dan larut resap. Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan
pada musim kering ataupun musim hujan. Kadar baja tidak mencukupi terutama pada
kawasan tanaman muda dan yang berpotensi untuk berhasil tinggi akibat daripada
penyeliaan yang tidak sempurna. Ketidakseimbangan baja yang ditabur iaitu jenis
baja ditabur tidak mengikut keperluan pokok. Salah tempat perletakan baja.
Kesuburan pokok diatasi secara mudah iaitu dengan meningkatkan kadar baja
berbanding dengan untuk memperbaiki sifat fizikal atau saliran tanah terlebih
dahulu. Pelepah pokok sawit yang belum matang kerap kali dicantas secara
berlebihan menyebabkan baja yang ditabur banyak tertumpu untuk pembentukan
vegetatif pokok berbanding untuk pembentukan bahagian reproduktif seperti bunga
dan tandan buah. Seterusmya,
antara jenis baja yang digunakan dalam rekomendasi ini adalah baja berbutir
sebatian 44, baja tunggal Rock Phosphate dan GML. Bagi memudahkan penentuan
kadar baja saya akan bahagikan kepada 3 fasa umur yang berlainan. Jadual
pembajaan yang disyorkan adalah sebagaimana berikut:
FASA 1 (1-3 tahun)
*
Umur 1 bulan – Baja Rock phosphate - kadar 1.0 kg/pokok/tahun
*
Umur 2 bulan - Baja Sebatian 44 - kadar 0.5 kg/pokok/tahun
*
Umur 4 bulan – Baja GML – kadar 0.5kg/pokok/tahun
*
Umur 6 bulan – Baja Sebatian 45 + boron – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
*
Umur 8 bulan – Baja Sebatian 44 – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
*
Umur 12 bulan – Baja Sebatian 45 + boron -kadar 0.5kg/pokok/tahun
*
Jumlah 3.5kg/pokok/tahun
Umur 2 tahun (3 kalipusingan setahun)
#
Baja Sebatian 44 – kadar 1.0kg/pokok/pusingan
#
Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
#
Baja Sebatian 45 + boron – 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah
6.0 kg/pokok/tahun
Umur 3 tahun(2 kali pusingan setahun).
Baja
Sebatian 44 – kadar 1.5kg/pokok/pusingan
Baja
Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
Baja
GML – Kadar – 1.5kg/pkok/tahun
Baja
Sebatian 45 + boron- kadar 2.0kg/pkok/tahun
Jumlah
6.5 kg/pokok/tahun
FASA 2 (4-20 tahun)
Umur4-6 tahun (2 kali pusingan setahun)
#
Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan
#
Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.0kg/pokok/tahun
#
Baja Rock phospate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
#
Baja GML – kadar 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah
9.0kg/pokok/tahun
Umur 7-20 tahun (2 kali pusingan setahun)
#
Baja Sebatian 44 – 2.5kg/pokok /pusingan
#
Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.5kg/pokok/tahun
#
Baja Rock phospate – kadar 2.0kg/pokok/tahun
#
Baja GML – kadar 2.0kg/pokok/tahun
Jumlah
11.5kg/pokok/tahun
FASA 3 (21 tahun hingga tebang) :
Umur 21 tahun dan keatas(3 kali pusingan setahun)
#
Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan
#
Baja Rock phospate – 2.0 kg/pokok/tahunJumlah
Jumlah8.0kg/pokok/tahun
Semoga
panduan yang diberi beguna kepada pembaca sekalian ….. sekian terima kasih